Refleksi #8

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sepanjang program berlangsung, baanyak perkara yang saya belajar.

Melentur buluh biarlah dari rebunnya

Semua orang hendaklah didik sejak dari kecil lagi. Seperti mana yang saya lihat sepanjang program ini, para pelajar amat sukakan ilmu malahan mereka lagi rajin dari kami dan lagi dahagakan ilmu dari kami. Semasa program ini berlangsung, mereka tersangat teruja ingin belajar ILearn Ace dan apabila ditanya, adik-adik cakap ibu bapa mereka telah mengajar mereka sejak kecil lagi, sejak darjah satu lagi. Saya berharap semangat ini akan berkekalan dikalangan mereka.

Hubungan sesama manusia

Dalam program ini, kami berjaya mengeratkan hubungan silaturahim kami dengan para pelajar duat, dan bukan sahaja dengan para pelajar, malah dengan rakan-rakan kami sendiri yang kami baru berkenalan semasa ingin menjayakan program ini.

Kerjasama

Kerjasama dapat meringankan lagi kerja yang berat. Sepanjang program ini, kami berkerjasama memastikan program ini berjalan dengan lancar. Kami membahagikan tugas kami mengikut kepakaran ahli kami. Saya ditugaskan untuk mengambil gambar dan membuat video kerana saya mempunyai banyak pengalaman dalam perkara ini.

Para fasilitator

Refleksi



Harapan 

Program ini sangat membantu para pelajar dalam pelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam era permodenan sekarang, gadjet sangat digunakan. ILearn Ace bukan sahaja boleh diakses melalui komputer, tetapi boleh juga diakses melalui telefon pintar dan ini amat memudahkan para pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan juga memudahkan para ibu bapa dalam pemantauan anak-anak dari segi pelajaran.Oleh itu, Saya berharap program ini akan diteruskan lagi unu sesi yang akan datang.

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI!!!




Comments