Refleksi #1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Ahmad Raihan Tasnim Bin Mohd Satar. Pelajar tahun pertama, jurusan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Universiti Malaya. Disini, saya akan menceritakan pengalaman saya dalam program I-LEARN Ace yang diadakan sepanjang 2 hari di Darul Ummah, Akademi dan Tahfiz, DUAT, di Jenjarom, Banting, Selangor. Sepanjang dua hari program ini berlangsung, setiap pelajar akan ada seorang adik. Muhammad Luqman Bin Abdul Rahim merupakan adik saya bagi program ini. Adik Luqman merupakan pelajar tahun 4 Initiator di Darul Ummah, Akademi dan Tahfiz. Adik Luqman seorang yang sangat pintar dan ubjek kegemaran dia adalah subjek Sains.

Apa itu I-LEARN Ace?

I-LEARN Ace

ILearn Ace merupakan platform pembelajaran hybrid, bukan sahaja boleh digunakan secara dalam talian tetapi juga secara luar talian dengan menggunakan Aplikasi Mudah Alih i-LEARN Ace. Platform ini boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. I-LEARN Ace dibangunkan oleh Sasbadi Online Sdn. Bhd. Kandungan I-LEARN Ace meliputi semua sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sentiasa dikemas kini 100% mengikut silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah, KSSR dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah, KSSM. I-LEARN Ace dilengkapi dengan banyak nota, peta minda yang sangat menarik dan pelbagai soalan yang sangat sesuai untuk para pelajar. Oleh itu, I-LEARN Ace sangat sesuai untuk pelajar sekolah rendah mahupun pelajar sekolah menengah.

6 April 2019: Hari Pertama
Kami, para fasilitator sekumpulan bertolak dari Universiti Malaya pada pukul 10:30 pagi. Kami menaiki dua buah kereta yang disewa. Kereta tersebut dipandu oleh saudara Bisher dan saudari Faidz. Kami tiba di DUAT pada pukul 12 tengah hari. Selepas solat dan makan tengah hari, kami teruskan program ini dengan pembahagian adik kepada setiap pelajar.
 
Sesi pembahagian adik kepada fasilitator masing-masing

Pada ketika itu, saya nampak adik Luqman memakai sedang kopiah putih dan dia nampak gembira dan teruja. Selepas itu, kami dan para pelajar berkumpul di satu tempat dan memperkenalkan diri kami untuk sesi ‘Ice Breaking’. Para fasilitator memperkenalkan diri mereka tersendiri dan diteruskan lagi dengan para pelajar. Adik Luqman begitu bersemangat memperkenalkan dirinya dan ketika inilah saya dapat tahu lebih lanjut tentang adik Luqman.

Adik Muhammad Luqman Bin Abdul Rahim

Sebelum sesi I-LEARN Ace bermula, kami teruskan dengan sesi permainan iaitu ‘Imaginary’ dan ‘Human Tic Tac Toe’ bagi mengeratkan lagi hubungan para fasilitator dengan para pelajar. Hasil daripada sesi ini, kemesraan para fasilitator dengan para pelajar dapat dilihat.

Adik Luqman bersama ahli kumpulannya

Selepas itu, sesi I-LEARN Ace bermula dalam sekitar pukul 3 petang. Sebelum itu, kami sudah dimaklumkan yang para pelajar sudah ada pengalaman dalam pembelajaran atas talian, I-LEARN Ace tetapi masih tidak arif lagi. Kebanyakkan pelajar sudah tahu penggunaan I-LEARN Ace seperti cara nak menjawab soalan objective, cara membuat peta minda, cara membuat nota dan sebagainya. Oleh itu, kami diminta untuk memberi tunjuk ajar kepada adik masing-masing, dan dikalau adik sudah arif tentang I-LEARN Ace, kami dikehendaki membantu mereka dalam pelajaran seperti mengajar mereka akan subjek yang mereka kurang arif.

Adik Luqman pernah menggunakan I-LEARN Ace dan adik Luqman selalu memjawab soalan di I-LEARN Ace tetapi adik Luqman tidak mengetahui kaedah membuat peta minda. Saya mengajarnya cara-cara membuat peta minda dengan cantik. Hasilnya, adik Luqman menghasilkan satu peta minda tentang katak. Seterusnya, saya teruskan dengan mengajar adik Luqman subjek sains, matematik, Bahasa Malaysia dan English. Adik Luqman berjaya mendapat markah yang tinggi untuk subjek sains dan Bahasa Malaysia. Selain itu, adik Luqman selalu bertanya sekiranya tidak faham apa yang dipelajari. Saya dapat lihat yang adik Luqman ni seorang yang rajin.


Saya dan Adik Luqman ketika sesi I-LEARN Ace

Selepas itu, kami tamatkan sesi I-LEARN Ace dan teruskan dengan solat Asar berjemaah. Kemudian, para pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Comments