Refleksi #7




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ini tentang perkembangan adik saya Luqman dari awal sehingga sekarang.

 Sepertimana yang saya pernah bagitahu, adik Luqman sangat meminati subjek sains. Adik Luqman selalu mendapat markah tinggi dalam subjek sains sahaja.

Sains 

Sains merupakan subjek yang sangat diminati oleh adik Luqman. Seperti mana yang saya dapat lihat, adil Luqman selalu mendapat markah yang sangat tinggi dan adik Luqman suka membuat latihan subjek sains di Ilearn Ace berbanding subjek lain. Sepertimana yang saya lampirkan di bawah, terdapat koleksi markah dan jumlah soalan yang dijawab oleh adik Luqman.
Adik Luqman mendapat 100% markah 
Analisis topikal sebulan lepas
Analisis topikal seminggu lepas
Dalam masa semiggu sahaja, adik Luqman telah menjawab banyak soalan sains di Ilearn Ace. Adik Luqman mendapat markah yang rendah untuk topik proses hidup tumbuhan. Baru saya ingat yang adik Luqman pernah cakap yang adik tidak pelajaran tentang tumbuhan dan sangat meminati pelajaran tentang haiwan.


Assessment Record

Matematik

Matematik salah satu subjek yang sukar bagi adik Luqman. Adik Luqman sangat tidak suka nombor dan mengira.


Seminggu lepas
Sebulan lepas
Berdasarkan analisis tersebut, sudah lama adik Luqman tdak menjawab soalan matematik dan hanya menjawab soalan dalam jumlah yang sedikit sahaja. Adik Luqman memerlukan banyak lagi usaha dalam subjek matematik.
Assessment Record

English

Subjek yang paling tidak diminati oleh adik Luqman, English. Bagi saya adik Luqman kurang hafalan perkataan dan maksud dimana adik Luqman hendaklah rajinkan diri untuk menghafal koleksi perkataan-perkataan baru.
Analisa Sebulan 
Analisa Seminggu
Dalam masa sebulan, adik Luqman hanya menjawab 10 soalan sahaja. Haishh.

Assessment record

Bahasa Malaysia

Analisa Sebulan 
Analisa seminggu
Berdasarkan analisa di atas, dapat saya simpulkan yang adik Luqman suka dan rajin menjawab soalan bahasa Melayu. Terdapat banyak perbezaan antara analisa tersebut dimana dalam masa seminggu sahaja, adik LUqman telah menjawa 80 soalan. Itu sudah dikira banyak dan dalam masa seebulan, adik Luqman sudah menjawab banyaka soalan yang berjumlah 410 soalan.

Bahasa Melayu latest

Kesimpulan

Dapat saya simpulkan yang subjek Sains merupakan subjek yang paling diminati dan subjek yang paling bannyak adik Luqman mendapat markah diikuti dengan subjek bahasa melayu, matematik dan akhirnya english. Adik Luqman perlu tingkatkan usaha lagi dalam cuba memahami subjek yang adik Luqman lemah seperti subjek english dan matematik. Adik Luqman perlu memperbanyakkan  lagi membuat latihan matematik dan perlu rajinkan diri menghafal perkataan english.

Assingment saya beri Adik Luqman jawab

SEMOGA ADIK LUQMAN BERJAYA!!! 

JIKAKAU FIKIR KAU BOLEH, KAU PASTI BOLEH MELAKUKANN!!!




Comments