Refleksi #6

Para fasilitator

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, kali ini, saya ingin menceritakan tentang kumpulan fasilitator saya. Kumpulan saya diketua oleh saudara Irfan. Ahli kumpulan saya yang lain ialah Faiz, Din, Reza, Hanis, Farouk, Bisher, Najjar dan Faidz. Bisher dan Najjar merupakan pelajar dari negara luar. Sebelum program kami bermula, kami telah membuat pembahagian tugas agar semua berjakan dengan lancar. Saya ditugaskan untuk mengambil gambar dan membuat video untuk program ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. 
Bisher dan para pelajar

Walaupun Bisher pelajar dari luar negara, tetapi dia seorang yang boleh bertutur dalam bahasa Malaysia. Para pelajar Duat sangat kagum dengan Bisher dan Najjar. Bagi mereka, ini merupakan satu satunya peluang untuk mereka berinteraksi dengan orang dari negara luar.

 Semasa program ILEARN Ace, pelbagai karenah yang dapat kami lihat dan mereka sangat bertenaga sehinggakan mereka masih tidak penat sehingga akhir program ini. Saya sangat kagum, dari manakah para pelajar dapat tenaga sebanyak itu, sangat hebat. 
Karenah para pelajar

Saya juga ada mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan pelajar yang bukan dari kumpulan saya. Hal ini kerana saya ingin mengeratkan lagi silaturahim dengan mereka dan tidak semestinya dengan adik dan ahli kumpulan kita sendiri.

Program ini sangan bagus. Program ini juga telah berjaya mengeratkan hubungan kami dengan para pelajar yang kami tak sangkakan sehinggakan ada para pelajar yang mencari kami untuk bertanya khabar dan bertanyakan soalan. Semoga kita semua beristiqamah dan dapat menjaga hubungan ini dengan baik :)

Comments