Refleksi #4


Refleksi #4





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tamatnya program ILEARN-Ace bukannya tamat hubungan kami. Kami para fasilitator ditugaskan untuk memantau adik-adik kami setelah tamat program ini. Kami boleh memantau melalui laman sesawang ILEARN-Ace. Sayai telah mendaftarkan diri kami sebagai ibu bapa kepada adik Luqman. Setelah log masuk sebagai ibu bapa, di situ, saya boleh melihat perkembangan adik saya dalam melaksanakan ILEARN-Ace.
Halaman utama ILEARN-Ace setelah log masuk sebagai ibu bapa

Saya dapat melihat sekiranya adik Luqman membuat latihan di ILEARN-Ace atau tidak.  
Ranking di sebelah kiri


Selain itu, saya juga dapat tahu ranking adik saya dan point yang adik saya dapat setelah membuat latihan di ILEARN-Ace. Alhamdulillah, adik Luqman seorang yang rajin latihan di ILEARN_Ace. Sekarang adik Luqman berada di tempat yang ke66 di Darul Ummah Akademi & Tahfiz dan kedudukan ke-71 di Malaysia.

Berikut adalah perkembangan adik Luqman setelah 2 minggu program kami berlangsung.






English merupakan salah satu kelemahan adik Luqman. Seperti gambar di atas. Adik Luqman sangatlah tidak gemar membuat latihan English.

Adik Luqman sangat menyukai subjek sains. Saya dapati subjek sains merupakan subjek yang paling banyak adik Luqman lakukan latihan di ILEARN-Ace. Adik Luqman Berjaya mendapat markah yang tinggi dan membanggakan.




Bahasa Melayu

Secara keseluruhannya, saya dapat simpulkan yang adik Luqman sangat rajin dalam melakukan latihan di ILEARN-Ace dan adik Luqman banyak melakukan latihan subjek kegemaran dia sahaja. Moga terus sukses.

Comments