Refleksi #3


7 April 2019:

Selesai sahaja sesi perkongsian daripada para fasilitator. Program ini diteruskan dengan sesi permainan bersama para pelajar.


Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Seorang pelajar dari setiap kumpulan dikehendaki berada di luar. Pelajar lain dikehendaki melukis peta di atas kertas mah-jong dengan syarat-syarat tertentu seperti satu peta dikehendaki mangandungi satu pokok. Selesai sahaja para pelajar melukis, pelajar yang berada diluar dibenarkan masuk ke dalam dengan mata tertutup dengan kain.
Adik Amjad menutup mata dengan kain
Setiap kumpulan dikehendaki saling menukar peta yang dilukis dengan kumpulan lain. Kemudian permainan bermula. Pelajar yang menutup mata dikehendaki melukis garis dari titikk mula sehingga ke garisan penamat tanpa terlanggar sebarang halangan, dan jika terlanggar dipotong markah. Para pelajar lain dibenarkan membimbing pelajar tersebut sepanjang permainan ini dengan syarat hanay dibenarkan memegang kertas sahaja.

Pelajar melukis peta
Pemenang permainan ini ditentukan dengan kiraan markah terkumpul paling banyak. Didapati kumplan adik Luqman kalah dalam permainan ini. Adik Luqman berasa sedikit kecewa dan saya cuba memujuknya dengan memberi sedikit makanan seperti biskut coklat cloud9 dan ia sangat berkesan.
Selesai sahaja sesi permainan ini, kami teruskan dengan sesi ILEARNACE, sesi yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar.

I-LEARN Ace:

Sesi ini kami membimbing para pelajar menjawab soalan dan mengajar mereka subjek kelemahan mereka. Pada ketika ini, saya mengajar adik Luqman subjek Matematik. Subjek ini adalah salah satu subjek kelemahan adik Luqman. Saya mengajar macam mana cara untuk bundarkan nombor, mengira isipadu, mengira luas dan lain-lain lagi. Pada awalnya, adik Luqman hanya Berjaya mendapat sedikit sahaja markah setelah menjawab soalan di ILEARN-Ace. Setelah saya mengajarnya, saya mendapati adik Luqman mendapat banyak markah berbanding sebelum ini dengan hanya satu salah. Dia sangat gembira dan bangga. Saya juga turut berasa bangga.

Saya dengan adik Luqman ketika sesi ILEARN-Ace
 
Selain itu, saya juga mengajar adik Luqman subjek Bahasa Inggeris. Adik Luqman kurang pengetahuan dalam “Grammar” dan “Vocabulary”. Saya ada menyenaraikan beberapa perkataan penting dan saya meminta adik Luqman menghafalnya kettika berada di rumah pada bila-bila masa sahaja. Saya berharap adik Luqman laksanakan apa yang saya minta demi kepentingan dia.



Selesai sahaja sesi ILEARN-Ace, maka berakhirlah program ini. Sebelum berakhir, saya ada memberi sedikit hadiah kepada adik Luqman sebagai tanda penghargaan. Hadiah tersebut berupa buku dan beberapa keping biskut coklat clound9 yang sedap lagi enak. Adik Luqman sangat gembira.



Majlis penutup:


Program ini berakhir dengan majlis penutup. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa, kemudian ucapan daripada PK Hem, guru dan ketua kami.

Kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah cenderamata.


Maka berakhirlah program kami di DUAT. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Terima kasih juga kepada adik saya, adik Luqman kerana begitu tekun dan bersungguh-sungguh inginkan ilmu yang baru.

Comments