Refleksi #2


7 April 2019: Hari Kedua

Hari kedua dimulakan dengan ketibaan para pelajar. Kali ini, bukan sahaja para pelajar tahun 4 dan tahun 5, malah pelajar tahun 1, tahun 2, dan tahun 3 juga turut telibat. Kami para fasilitator menyediakan Nasi Lemak dan air teh panas untuk para pelajar bersarapan sebelum memulakan aktiviti.

Para pelajar bersarapan sebulum aktiviti bermula

Aktiviti pertama: Sesi perkongsian “Adab Di Alam Siber”
   Para pelajar fokus mendengar prekongsian daripada kami


Sesi perkongsian ini bermula dengan Kumpulan Arina dahulu. Mereka berkongsi tentang penghendap siber dan virus dimana penghendap siber boleh menghendap dan mencuri data peribadi kita tanpa kita sedari sekiranya kita tidak tidak berhati-hati ketida di alam siber.
Seterusnya kumpulan Danish yang bertajuk Pembulian Siber dan Perlindungan Peranti. Kumpulan Danish mempersembahkan sedikit sketsa yang menceritakan tentang pembulian siber. Pembulian siber boleh menyebabkan kita kehilangan ramai kawan, kehidupan diancam, dan hidup tidak tenteram kerana pembuli siber boleh menyebarkan sebarang maklumat peribadi kita dan juga boleh menyebarkan sebarang maklumat palsu dan menyebabkan tuduhan berlaku.
Akhir sekali, kumpulan kami, kumpulan Irfan dengan tajuk Komuniti Media Sosial dan Wifi Hostpot. Kami berkongsi tentang etika ketika di alam siber seperti apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa, dan selepas melayari alam siber. 
Faiz berkongsi tetang komuniti siber

Apa itu komuniti siber?

Untuk pengetahuan semua, media sosial amat mempengaruhi kehidupan seseorang. Tingkahlaku serta cara pemikiran seseorang juga dipengaruhi oleh media sosial. Namun, apa yang paling penting adalah pengendalian diri kita di dalam talian agar sifat hormat menghormati, bertimbang rasa serta keprihatinan terhadap sesuatu. Penggunaan media sosial di dalam kehidupan seharian bukanlah satu budaya kosong semata-mata. Jika ianya digunakan dengan penuh tanggungjawab dan beretika, ia dapat memberikan satu impak yang lebih besar dalam menjadikan kita seorang pengguna internet yang bijak dan selamat. Jangan jadikan kata-kata maya alasan keberanian kita untuk menyakiti orang lain.
Terdapat beberapa panduan pengendalian diri di media sosial.
1. Identiti sebenar
Media sosial bukanlah satu platform yang sesuai untuk kita meluahkan segala perasaan. Jangan sesekali memberi komen negatif di dalam talian. Gunakan saluran lain untuk tujuan tersebut.

2. Waspada berkongsi maklumat yang lebih
Memuat naik segala aktiviti harian anda mungkin satu perkara yang biasa dilakukan. Namun ianya juga mungkin rutin yang menjengkelkan bagi sesetangah rakan media sosial anda. Hadkan perkongsian aktiviti anda untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

3. Elak dari memburukkan orang lain.
Media sosial memberikan satu platform untuk kita bebas bersuara. Namun kita tidak harus menyalahgunakannya untuk memburukkan orang lain. Jika kita mempunyai masalah dengan seseorang, bawalah berbincang atau sesama anda.

4.Berfikir sebelum anda tag gambar rakan anda
Media sosial memberikan satu platform untuk kita bebas bersuara. Namun kita tidak harus menyalahgunakannya untuk memburukkan orang lain. Jika kita mempunyai masalah dengan seseorang, bawalah berbincang atau sesama anda.

5. Bertindak sepertimana anda ingin dilayan
Jadikan diri anda contoh yang baik untuk orang lain. Jika anda ingin rakan anda memberikan komen yang baik, anda perlu melakukan perkara yang sama. Anda akan dihormati sekiranya anda berbudi pekerti sewaktu di dalam talian.


Perkongsian ini sangat menarik dan sangat bermanfaat buat para pelajar. Kami semua juga ada bertanyakan soalan kepada para pelajar tentang adab siber untuk melihat sejauh mana para pelajar faham akan perkongsian kami dan kami akan memberi hadiah yang menarik sekiranya mereka dapat menjawab dengan betul. Terbukti, para pelajar focus dan faham akan perkongsian kami.
Sesi soal jawab


Sesi ini bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 11 pagi. Selesai sahaja sesi ini, para pelajar tahun 1, tahun 2, dan tahun 3 dibenarkan pulang. Tahun 4 dan tahun 5 diminta bersama kami untuk aktiviti yang seterusnya.

Comments